• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bom dalam badan?

WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada syarikat penerbangan mengenai kemungkinan pengganas menyembunyikan bom di dalam tubuh badan melalui pembedahan untuk melepasi keselamatan lapangan terbang.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS menghantar memo kepada pegawai keselamatan seluruh negara, kelmarin mengenai kemungkinan itu.

Memo itu turut memaklumkan tanda-tanda individu mempunyai barang tersembunyi di dalam badan termasuk perut bengkak dan bonggolan serta perasaan kurang selesa melampau semasa diperiksa pihak berkuasa.

Washington merujuk kepada insiden pada 2005 apabila seorang lelaki Colombia didakwa menyembunyikan bungkusan dadah di dalam tubuh manusia yang dimasukkan melalui pembedahan.

Amaran terbaru itu bakal menyebabkan penumpang kapal terbang terpaksa melalui kawalan keselamatan lebih ketat terutama bagi mereka yang akan ke AS.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail