• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Remaja hamba seks bapa tiri


AMPANG JAYA - Seorang remaja berusia 16 tahun bukan saja menjadi mangsa rogol bapa tirinya selama lima tahun, malah disisih dan dimarahi ibunya sendiri selepas menceritakan kejadian itu tahun lalu di Pandan Perdana, di sini hingga menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.

Kejadian malang itu bermula ketika remaja itu berusia 11 tahun apabila bapa tirinya berusia 50-an mengambil kesempatan merogolnya ketika ibunya tiada di rumah.

Remaja berkenaan pada mulanya takut untuk memberitahu perkara itu kepada ibunya, namun mengambil keputusan menceritakan hal itu selepas sering diganggu bapa tirinya itu.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku pada 2006 apabila bapa tiri mangsa memaksa remaja itu melakukan hubungan seks ketika ibunya tiada di rumah.

“Mangsa menolak permintaan, namun diugut akan dihalau keluar sekiranya tidak menurut perintah. Lelaki itu memaksa mangsa melakukan hubungan terlarang berkenaan.

“Mangsa dirogol sebanyak dua kali. Lelaki itu turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian kepada ahli keluarga sekiranya mahu selamat,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung mangsa memberitahu ibunya berkenaan perangai buruk bapa tirinya minggu lalu, namun dimarahi dan dituduh memfitnah.

“Remaja itu kemudian melarikan diri dengan berlindung di rumah saudara dan membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail