• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Tikam mati isteri untuk jaga maruah

AMMAN: Seorang lelaki telah didakwa di mahkamah di sini setelah mengaku membunuh isterinya dengan niat hanya kerana isterinya itu ‘berkelakuan buruk’, kelmarin.

Menurut seorang pegawai kehakiman, lelaki itu telah merencanakan pembunuhan isterinya yang berusia 22 tahun. Kejadian itu berlaku di Ruseifeh yang terletak di tenggara Amman, Jordan.

“Saspek yang berusia dalam 30-an telah menikam ibu kepada dua orang anak itu dengan pisau sebanyak 10 kali pada waktu subuh,” kata pegawai kehakiman itu.

Lelaki itu menyerah diri kepada polis dan mengaku melakukan jenayah itu. Beliau mendakwa mahu membersihkan maruah beliau selepas mengesyaki isterinya telah berkelakuan buruk.

Walaupun jenayah membunuh boleh dijatuhkan hukuman bunuh oleh mahkamah di Jordan, tetapi sekiranya kesalahan dibuat atas dasar “pembunuhan menjaga maruah”, hukuman boleh dikurangkan terutamanya jika keluarga mangsa meminta pertimbangan dari pihak mahkamah. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail