• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wanita tolak poligami tak berdosa

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata, wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara, termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.

Beliau berkata, demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, semalam.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri menghidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya.

“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam, maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail