• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Alat berteknologi tinggi kawal bilangan kemasukan jemaah di Masjidil Haram

JEDDAH: Pihak berkuasa Makkah menggunakan alat berteknologi tinggi untuk mengawal bilangan jemaah yang memasuki Masjidil Haram pada 10 hari terakhir Ramadan, menurut laporan akhbar Al-Yaum.

Peralatan itu digunakan di semua pagar Masjidil Haram bagi menganggarkan bilangan jemaah umrah dan pengunjung.

Pihak berkuasa cuba mengekang kebanyakan pekerja yang memasuki masjid berkenaan pada 10 hari terakhir untuk menunaikan tawaf dan membaca al-Quran dengan pakaian kerja mereka. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada jemaah umrah.

Pihak berkuasa juga cuba memastikan pengunjung yang tidak menunaikan umrah tidak tidur di tempat terbuka dan menghalang laluan.

Terdapat lebih ramai jemaah menunaikan tawaf di kaabah ketika 10 hari terakhir Ramadan berbanding pada waktu haji. Keadaan ini disebabkan oleh jemaah haji hanya perlu tawaf di kaabah pada waktu ditentukan. Masjidil Haram turut sesak kerana jemaah umrah beriktikaf di masjid hingga akhir Ramadan. - SG

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail