• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Askar rogol wanita 7 kali sehari dipenjara

LONDON: Anggota tentera Britain yang merogol seorang wanita tujuh kali dalam masa sehari dipecat daripada perkhidmatan dan dipenjara 10 tahun, semalam.

Robert Kariuki, warga Britain kelahiran Kenya menyerang wanita berkenaan ketika mangsa berada di atas katil, menyumbat patung beruang ke dalam mulutnya, menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya buat kali pertama.

Kariuki bertindak demikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa tidur bersama rakannya.

Dia mengancam membunuh mangsa dan melarangnya menggunakan bilik air ketika memperkosa wanita berkenaan tujuh kali dalam tempoh beberapa jam.

Kejadian berlaku Julai tahun lalu.

Mangsa, warga Jerman, mempelawa Kariuki dan seorang rakannya ke kediamannya sebelum kejadian.

Mahkamah diberitahu, dia mengadakan seks dengan rakan Kariuki sementara lelaki itu tidur di sofa.

Tetapi apabila rakannya meninggalkan kediaman itu, Kariuki memasuki kamar mangsa dan mula merogolnya, - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail