• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bukan Muslim teruja sambut bulan puasa


JEDDAH: Ramadan adalah bulan istimewa bukan saja bagi umat Islam yang berpuasa dan menyambutnya tetapi juga penduduk bukan Islam di sini.

Raju Phillips, seorang ekspatriat bukan Islam yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan berkata, beliau akan membaca terjemahan bahasa Inggeris kitab al-Quran.
“Ia peluang baik untuk belajar mengenai Islam kerana masa rehat lebih lama ekoran perubahan masa bekerja ketika Ramadan,” katanya.

Perunding pendidikan khas, K R Jayachandran, berkata ketika Ramadan beliau mendengar ceramah agama di televisyen.

“Ramai penceramah agama dalam televisyen ketika Ramadan. Saya menontonnya selepas solat Maghrib,” katanya.

Mubeen Pervas berkata, dia menjemput rakan bukan Islam ke parti berbuka kerana mahu berkongsi kegembiraan dan membantu mereka memahami Islam.

“Banyak salah faham mengenai Islam. Saya cuba jelaskan apabila mengadakan parti berbuka dengan menjemput rakan bukan Islam berkongsi kegembiraan,” kata Pervas. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail