• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Cubaan jadikan Hitler pondan


LONDON: Perisik Britain merancang memasukkan hormon seks wanita dalam makanan diktator Jerman, Adolf Hitler, ketika Perang Dunia Kedua bagi mengekang sifat agresifnya, dakwa sebuah buku baru.

Tentera Bersekutu berharap rancangan mereka menyeludup beberapa dos oestrogen ke dalam makanan akan menjadikan pemimpin Nazi itu kurang agresif dan lebih bersifat kewanitaan, seperti saudara perempuannya, Paula Wolf.

Dalam buku bertajuk Secret Weapons: Technology, Science And The Race To Win World War II, tulisan Profesor Brian Ford dari Universiti Cardiff, menjelaskan hormon itu dipilih kerana tidak ada rasa dan memberi kesan lambat, bermakna ia dapat melepasi pengesan makanan Hitler. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail