• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Daki gunung tanpa guna tali

AKSI Alex Honnold mendaki Half Dome di Taman Negara Yosemite, Amerika Syarikat tanpa menggunakan tali semasa dia berumur 23 tahun.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Digelar sebagai bintang 'rock' dalam dunia pendaki, Alex Honnold menjelajah ke seluruh dunia tanpa berasa takut apabila memanjat gunung tanpa menggunakan tali, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ketangkasan luar biasa yang dimiliki pemuda berusia 26 tahun itu telah menjadikan dirinya sebagai pendaki terbaik dalam generasinya.


ALEX HONNOLD

Antara kejayaannya sebelum ini adalah mendaki Half Dome di Taman Negara Yosemite dan mendaki cerun setinggi 762 meter dekat puncak Gunung Kota Kinabalu, Sabah.

Honnold mencipta namanya ketika berusia 23 tahun apabila dia mendaki Half Dome dalam tempoh dua jam 50 minit.

Pada kebiasaannya pendakian itu mengambil masa antara sehari atau dua hari. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail