• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Deraan seks, fizikal semakin meningkat

KUALA LUMPUR: Suami atau isteri memaksa pasangan masing-masing yang sedang bekerja pulang ke rumah semata-mata mahu melampiaskan nafsu seks boleh dianggap melakukan penderaan seksual jika menyebabkan pasangan mengalami tekanan atau trauma selepas melakukan hukuman intim secara paksa.

Masalah itu kerap berlaku bagi suami atau isteri bekerja syif termasuk anggota pasukan keselamatan dan beruniform yang menjadi antara penyumbang tertinggi kepada statistik kes keganasan rumah tangga secara penderaan seksual, namun mangsa yang lazim adalah wanita.

Bagi isteri bekerja syif normal, memenuhi tuntutan suami dalam keadaan tidak selesa, tergesa-gesa kerana mahu kembali bekerja disebabkan takut dipukul suami boleh menyebabkan trauma berterusan kerana ingatan mereka dipenuhi rasa takut, sakit, dendam dan panik sedangkan hubungan intim sepatutnya menyeronokkan kedua-dua pihak.

Isteri lebih bersedia melakukan seks pada waktu lebih tenang, misalnya waktu malam selepas semua urusan selesai. Jika hubungan seks dilakukan pada waktu tengah hari ketika rehat bekerja atau awal pagi antara jam 3 hingga 5 pagi, ia tidak normal.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail