• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Dituduh mencuri lepas beri bantuan

AMPANG: Niat seorang pengurus membantu seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk bertukar tragedi apabila dia dipukul dan cedera di kepala, tangan dan kaki dibelasah sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian pergaduhan di Dataran Palma, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun bersama rakan sekerjanya sedang minum di kedai berhampiran pejabatnya sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk serta muntah.

Sumber berkata, mangsa yang simpati membawa lelaki itu ke pejabatnya untuk berehat. Sebaik tiba, mangsa terkejut apabila lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk menuduh mangsa mencuri telefon bimbitnya. “Mangsa menafikan tuduhan itu. Tiba-tiba muncul tiga lelaki memasuki pejabatnya dan seorang daripada mereka mengaku sebagai pegawai kanan polis.

“Belum sempat mangsa memberi penjelasan , tiba-tiba ketiga-tiga lelaki terbabit terus memukul mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail