• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Gadis tertusuk besi pagar


TEMPAT KEJADIAN...Caitlyn dibawa ke hospital dengan besi pagar masih tertusuk pada tubuhnya.

SUNDERLAND: Seorang murid perempuan tertusuk pada pagar besi selama dua jam selepas dia terjatuh dari pokok.

Caitlyn Brown, 11, terselamat apabila besi yang menembusi tubuhnya tidak terkena organ pentingnya.

Besi tajam itu menusuk sedalam 15 sentimeter ke dalam tubuhnya, menembusi perutnya dan terhenti hanya kira-kira lapan sentimeter dari jantung serta organ pentingnya yang lain.

Ibu bapanya, Jan Stevens dan Michael Brown menyaksikan dengan cemas keadaan anak mereka selama dua jam sementara anggota bomba berusaha menyelamatkannya.

Caitlyn yang meminta supaya muzik dimainkan bagi megalihkan tumpuannya ketika dia terperangkap, kini sudah kembali ke rumah selepas meghabiskan masa beberapa minggu menjalani rawatan di hospital.

TERSELAMAT...Caitlyn ketika menjalani rawatan di hospital.

Empat kereta bomba dan sebuah ambulans menyertai usaha menyelamat murid berkenaan sementara anggota bomba menggunakan kelengkapan hidraulik untuk memotong pagar itu dan menyelamatkan Caitlyn.

Seorang doktor yang berada di tempat kejadian membantu dengan memberikan ubat penahan sakit sebelum dia dikejarkan ke hospital dengan besi tajam itu masih tertusuk pada badannya.

Jan, 38, dari Grindon, Sunderland berkata: “Ia sungguh mengerikan. Caitlyn tergantung pada pagar besi itu. Saya tidak percaya apa yang saya lihat.” Caitlyn berada di padang di luar rumahnya, tempat dia sering bermain dengan rakan apabila kejadian itu berlaku.

Seperti kebanyakan kanak-kanak lain, dia memanjat pokok untuk melintas pagar besi setinggi satu setengah meter itu kerana satu-satunya jalan masuk ke padang berkenaan memerlukan dia berjalan sejauh 15 minit.

“Caitlyn sering bermain dengan rakannya di padang itu dan kami boleh melihat mereka dari rumah. “Dia mahu keluar pada malam itu dan kami berpendapat tidak ada masalah untuknya berbuat demikian. “Selepas sejam, seorang rakannya, Renee meluru ke rumah kami dan memberitahu Caitlyn jatuh di atas pagar besi itu.

“Saya tidak faham apa yang dikatakannya. Saya sangka dia cuba memanjatnya dan kemudian takut dan perlukan bantuan untuk turun.

“Apabila tiba di tempat kejadian, saya tidak percaya apa yang saya lihat,” kata Jan.

Suaminya, Brown menelefon ambulans dan cuba mententeramkan anaknya sementara menanti ambulans dan anggota bomba tiba.

“Dia sungguh berani dan tidak menangis, Dia hanya meminta kami mainkan muzik. “Semua jiran datang dan sebahagian mereka berusaha memberinya sesuatu supaya dia boleh berdiri bagi mengurangkan tekanan terhadap kecederaannya,” kata Jan.

Caitlyn diberi ubat penahan sakit oleh doktor di tempat kejadian dan dikejarkan ke Hospital Diraja Sunderland sebelum dipindahkan ke hospital di Newcastle.

Doktor mengambil masa beberapa jam di dewan bedah bagi menarik keluar pesi itu daripada tubuhnya. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail