• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Guna maklumat dalam Facebook untuk curi wang jiran, rakan

LONDON: Seorang penggodam mencuri wang milik rakan dan jirannya di dalam bank selepas memperoleh kata laluan daripada maklumat peribadi yang mereka masukkan dalam laman sosial seperti Facebook dan Friends Reunited.

Iain Wood, 33, dari Newcastle, menghabiskan masa 18 jam jam sehari untuk mencari butir peribadi jirannya.

Dia juga menggunakan butir peribadi rakannya untuk mencari kata laluan mereka sebelum menggodam akaun bank mangsa dan mencuri lebih RM175,000 dalam masa dua tahun.

Dia mula memindahkan wang seorang jiran terus ke dalam akaunnya pada November 2009.

Ketika menjatuhkan hukuman 15 bulan terhadap Wood semalam, Hakim Guy Whitburn berkata,: “Ini kali pertama saya menemui satu penipuan yang sungguh canggih. Ia satu penipuan yang dirancang dengan baik meskipun rumit.

“Kamu menggunakan identiti orang lain untuk mencuri. Sudah pasti mangsa kamu kecewa dan sedih melihat wang mereka dicuri.” Polis yang menyerbu kediamannya menemui beberapa nombor pin akaun bank dan bil pasport milik orang lain yang diperolehnya daripada peti surat jirannya.

Woods mengaku menggodam beberapa akaun bank dan mengambil surat jirannya.

Pendakwa raya, Neil Pallister memberitahu mahkamah, Wood memperoleh kata laluan akaun bank mangsa dengan memberitahu pegawai bank bahawa dia terlupa kata laluan. “Apabila ditanya soalan peribadi seperti tarikh lahir dan nama ibu, dia akan memberi jawapan yang betul. Jawapan itu diperolehnya menerusi maklumat peribadi mangsa menerusi laman seperti Facebook,” kata Pallister.

Menurutnya, Wood menghabiskan masa 18 jam sehari di depan komputer untuk mencari maklumat jiran dan rakannya.

“Sebaik dia berjaya mengakses akaun bank mangsa, dia akan mnmindahkan wang mereka ke dalam akaunnya,” kata pendakwa raya itu. - AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail