• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Hollywood dibelenggu masalah pedofilia


LOS ANGELES: Bekas bintang kanak-kanak era hujung 1980-an mendakwa, industri hiburan Hollywood dibayangi ancaman pedofilia.

Mengaku dirinya dikelilingi pemburu seks budak seawal usianya 14 tahun, Corey Feldman berkata, rakannya dalam siri Lost Boys, Corey Haim, adalah antara pelakon yang menjadi mangsa seorang tokoh terkenal Hollywood.


“Saya tidak menyedari kehadiran pedofilia itu sehinggalah saya lebih dewasa dan memahami apa yang mereka mahukan,” katanya dalam temu bual untuk laporan khas terbitan televisyen ABC.

Menurut Feldman, kematian sahabatnya, Haim, ketika baru berusia 38 tahun banyak dipengaruhi kesan penderaan seksual dialaminya sebelum ini.


Bagaimanapun, Feldman enggan menamakan tokoh Hollywood dimaksudkannya itu.


“Masalah utama di Hollywood sejak dulu, kini dan selamanya ialah pedofilia tetapi ia dilakukan secara sulit.

“Di sana, ada sekumpulan lelaki tua yang gemar bermesra dengan kumpulan kanak-kanak dan mereka mempunyai kuasa atau hubungan erat dengan tokoh besar dalam industri hiburan,” katanya. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail