• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Islam, Kristian jadi sasaran

WASHINGTON: Keganasan dikaitkan dengan agama dan penderaan meningkat di seluruh dunia antara 2006 dan 2009, dengan umat Islam dan Kristian menjadi sasaran utama, menurut kajian badan persendirian di Amerika Syarikat yang dikeluarkan, semalam.

“Dalam kajian selama tiga tahun, insiden sama ada gangguan sosial atau kerajaan dilaporkan dilakukan terhadap penganut Kristian di 30 negara (66 peratus) dan terhadap umat Islam di 117 negara (59 peratus),” kata Forum Pusat Penyelidikan Pew mengenai kajian Agama dan Kehidupan Masyarakat.

Pada 2009, kerajaan di 101 negara, lebih separuh di dunia menggunakan sekurang-kurangnya bentuk paksaan terhadap kumpulan agama. Setahun sebelum itu, hanya 91 negara melakukan demikian.

Pada 2009, lebih 2.2 bilion orang atau hampir satu pertiga daripada 6.9 bilion populasi dunia tinggal di negara di mana sekatan agama meningkat dengan ketara sejak 2006. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail