• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kereta F1 sah digunakan di jalan raya

FURORE F1 ciptaan Russ Bost sah digunakan di atas jalan raya di Britain.

BENFLEET, Britain - Seorang peminat kereta lumba, Russ Bost  yang berusia 54 tahun membelanjakan hanya £10,000 (RM49,146) untuk mencipta sebuah kereta seperti Formula Satu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pada kebiasaannya, kos untuk membina sebuah kereta F1 melibatkan berjuta-juta pound.

Kereta itu juga sah di sisi undang-undang untuk dipandu di atas jalan raya bersama dengan kenderaan lain.

Bost mencipta kereta itu yang mampu bergerak selaju 273.59 kilometer sejam.

Dia menggunakan sebuah enjin motosikal Kawasaki manakala banyak peralatan termasuk gear dan brek diambil daripada kereta Toyota MR2, yang dibelinya pada harga cuma £300 (RM1,474).

Kereta itu diberi nama Furore F1 dan ia mampu memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh tiga saat.

Menurut Bost, semasa memandu kereta itu di bandar, ramai orang yang memerhatikannya.

"Saya kerap ditanya jika kereta itu benar-benar sebuah kereta lumba F1," katanya.

Kereta lumba F1 yang dipandu oleh pelumba Lewis Hamilton dan Jenson Button memerlukan penggunaan minyak 3.78 liter untuk setiap 6.43 kilometer.

Namun, kereta ciptaan Bost itu mampu menggunakan minyak 3.78 liter untuk setiap perjalanan sejauh 48.28 kilometer. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail