• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kucing duduk di atas pokok kaktus

Seekor kucing duduk di atas sebatang pokok kaktus.

PHOENIX, Amerika Syarikat - Seekor kucing duduk di atas sebatang pokok kaktus setinggi 15.24 meter selepas ia menyelamatkan diri daripada seekor singa yang lapar di Gurun Sonoran, Arizona, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing tersebut berada di atas pokok berduri itu selama enam jam sebelum ia turun tanpa mengalami sebarang luka setelah singa tiada di sekitar kawasan pokok berkenaan.

GAMBAR seekor kucing duduk di atas sebatang pokok kaktus di Gurun Sonoran, Arizona dirakamkan oleh Curt Fonger

 Insiden melucukan tersebut berlaku pada pokok kaktus gergasi Saguaro yang berusia 300 tahun dan mempunyai duri sepanjang 5.08 sentimeter.

Gambar kucing di atas pokok kaktus itu dirakamkan oleh Curt Fonger, 69. Dia merakamkan gambar tersebut pada pukul 7 pagi selepas diberitahu oleh kawannya bahawa terdapat seekor kucing yang dikejar oleh seekor singa. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail