• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Maruah artis terancam


KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan tindakan individu yang menggunakan maklumat artis sebagai profil berniat meraih publisiti bagi kepentingan peribadi.

Presidennya, Harun Salim Bachik, berkata perbuatan berkenaan dianggap tidak bertanggungjawab berikutan ia boleh menjejaskan maruah seseorang individu jika ia mempunyai tujuan negatif.

Katanya, beliau menyedari masalah berkenaan berlaku di kalangan orang terkenal termasuk golongan VIP tetapi ia gagal dihalang kecuali mangsa menghantar laporan kepada Facebook (FB) sendiri.

“Yang kita bimbangkan apabila penyamar itu berniat menjatuhkan maruah artis yang ditiru, selain bertujuan ingin berkenalan dengan orang tertentu untuk dijadikan mangsa.

“Setiap kali mengadakan perbincangan, masalah ini menjadi satu daripada isu utama dan segelintir ahli Seniman yang aktif FB turut menjadi mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Harun, dia turut menjadi mangsa apabila memiliki hampir lima akaun di FB yang menggunakan nama dan gambarnya.

Dia tidak menolak kemungkinan individu berkenaan memperoleh gambarnya menerusi Internet.

Katanya, istilah ‘peminat fanatik’ tidak wujud apabila individu terbabit berani menjadi penyamar di laman sembang sosial terkenal dunia itu.

Pada masa sama, beliau menasihatkan golongan artis membuat laman peminat sendiri selain menyatakan ‘tagline’ akaun berkenaan kepunyaan artis terbabit bagi mengelak pengikut mereka tertipu.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail