• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pasangan DiRaja Naik Pesawat Tambang Murah

KETEPI HAK ISTIMEWA...William dan Kate jalani prosedur biasa sebelum dibenar menaiki pesawat pulang ke Manchester.

LONDON: Nampaknya majlis perkahwinan menyebabkan pelbagai pihak menanggung beban kewangan.

Kesan perbelanjaan besar bukan saja dirasai pasangan pengantin, malah sanak-saudara dan tetamu mereka, termasuk di kalangan keluarga bangsawan.

Semalam, orang ramai terkejut melihat tiga anggota keluarga diraja Britain menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah untuk pulang dari majlis perkahwinan Zara Phillips dan Mike Tindall di Edinburgh.

Dalam penerbangan sejam itu, penumpang pesawat Flybe terperanjat melihat pasangan Duke dan Duchess of Cambridge - Putera William dan Kate Middleton - menyertai mereka ke Manchester.

Difahamkan, pasangan diraja terbabit menaiki pesawat itu diiringi pengawal peribadi tetapi mereka tetap melalui prosedur biasa, termasuk menjalani pemeriksaan keselamatan.

Sementara itu, adik William, Putera Harry, memilih satu lagi syarikat penerbangan tambang murah, EasyJet, pulang ke London.

SEMUA PENUMPANG SAMA...syarikat penerbangan Flybe tidak menyediakan tempat duduk kelas pertama.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana Harry mendarat, sama ada di Stansted, Gatwick atau Luton.

Juruterbang helikopter berusia 26 tahun itu turut menjalani prosedur biasa di lapangan terbang, termasuk membayar �10 (RM48) untuk beg serta �16.50 (RM79.42) untuk tiket. Tindakan keluarga bangsawan Britain itu pasti mendapat sambutan baik di kalangan pembayar cukai yang sentiasa bersusah-payah bekerja untuk menyara hidup ketika kos barangan keperluan harian dan petrol meningkat.

Ketiga zaman gawat, Ratu Elizabeth menggesa keluarganya berhemat berbelanja dan mengelak daripada menunjuk-nunjuk.

William dan Kate dipercayai duduk bersama orang awam kerana pesawat Flybe tidak menyediakan kerusi kelas pertama. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail