• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Perpustakaan Masjidil Haram pusat sumber terpenting dunia

Rumah yang dipercayai tempat Rasulullah dilahirkan di luar Masjidil Haram yang dijadikan perpustakaan

MAKKAH: Perpustakaan Masjidil Haram boleh dianggap satu daripada pusat sumber paling penting di dunia, kata pengurusnya, Muhammad Bajoudah, semalam.

Mengaku tidak pasti tarikh sebenar perpustakaan itu dibuka, Muhammad berkata, ada petanda menunjukkan ia wujud lebih 1,270 tahun lalu.

“Sukar dinyatakan bila perpustakaan ini wujud tetapi ada kemungkinan sejak zaman Khalifah Abbasiyah,” katanya.

Menurut Muhammad, selain naskhah al-Quran yang diwakafkan, pemimpin, cendekiawan dan golongan kaya Makkah menyimpan karya mereka di perpustakaan berkenaan.

“Ketika ini lebih 100,000 buku, 5,000 manuskrip asli, 2,000 manuskrip salinan dan 3,000 salinan filem mikro tersimpan di perpustakaan ini,” katanya. - AN

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail