• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Serangan siber terbesar dikesan

BOSTON - Satu siri serangan siber terbesar melibatkan pencerobohan jaringan maklumat 72 organisasi termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan dan syarikat serata dunia dikesan.

Syarikat perisian keselamatan komputer, McAfee mengesan pencerobohan itu yang didakwa didalangi sebuah negara, namun enggan menamakannya dalam lapo-ran dikeluarkan, semalam.

Serangan dilancarkan selama lima tahun itu, menyasarkan banyak pihak termasuk ke:rajaan Amerika Syarikat, Taiwan, India, Korea Selatan, Vietnam, Kanada, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa serta puluhan syarikat di seluruh dunia.

Menurut McAfee, penggodam mencerobohi sistem komputer PBB di Geneva pada 2008 dan bersembunyi di dalam sistem itu selama dua tahun sambil mengambil ribuan maklumat rahsia.

“Tidak diketahui apa berlaku kepada data yang dicuri ini,” menurut McAfee yang mula menyedari kempen penggodaman itu pada Mac tahun ini.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail