• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ustaz liwat anak murid

KUALA TERENGGANU - Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.

Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di rumahnya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata penahanan suspek dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, di Balai Polis Batu Rakit petang semalam yang mendakwa telah diliwat oleh ustaz terbabit.

"Guru berusia 42 tahun itu telah berkahwin, dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lepas di kuarters perguruan sekolah berkenaan yang bersebelahan dengan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurut Manoharan polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru tersebut.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Rosila Nik membenarkan guru berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.- Bernama

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail