• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wanita dera anak dengan sos panas


ANCHORAGE (Alaska): Juri kelmarin menyaksikan rakaman video seorang wanita memancutkan sos panas ke dalam mulut anak lelaki angkatnya dan membiarkan kanak-kanak itu berdiri di bawah semburan air sejuk yang mencetuskan kemarahan orang ramai di Russia selepas ia disiarkan dalam rancangan bual bicara Dr Phil yang dihoskan Dr Phil McGraw Jessica Beagley, dari Anchorage, dakwa melanggar peraturan dengan mendera kanak-kanak.

Peguam Beagley berkata, anak guamnya berbuat demikian bagi menghukum kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Russia itu kerana berkelakuan tidak baik di sekolah dan menipu mengenainya.

Beagley menggunakan 'kaedah luar biasa' kerana cara hukuman tradisional tidak berkesan kepada kanak-kanak itu. - William Ingaldson, Peguam

“Beagley menggunakan ‘kaedah luar biasa’ kerana kaedah hukuman tradisional tidak berkesan kepada kanak-kanak itu,” kata peguam William Ingaldson.


BEAGLEY di dalam mahkamah pada hari pertama perbicaraan kes hukum anak dengan sos di Anchorage, Alaska


Ingaldson berkata, Beagley tampil dalam rancangan Dr Phil bagi mendapatkan bantuan untuk kanak-kanak itu dan dirinya, Tetapi pihak pendakwa berkata, apa yang Beagley lakukan melampaui batas disiplin ibu bapa dan dianggap penderaan kanak-kanak.

Wanita itu menghantar rakaman video selama sembilan minit yang dibuat pada 21 Oktober 2010 untuk episod ‘Pengakuan Ibu’. Rakaman itu menunjukkan ibu berusia 36 tahun itu bercakap dengan kasar kepada kanak-kanak lelaki di rumah keluarga itu.

“Kenapa kamu menipu saya? Apa yang kamu dapat dengan menipu saya,” katanya kepada kanak-kanak itu yang disiarkan dalam rakaman video itu. Saya akan dapatkan sos panas,” katanya dan kanak-kanak itu mula menangis.

Video itu menunjukkan Beagley mengarahkan kanak-kanak itu memasuki bilik air sebelum memancutkan sos panas dalam mulutnya.

“Jangan meludah. Adakah penipuan sepatutnya keluar dari mulut kamu,” jerit Beagley sambil mencengkam lengan kanak-kanak itu.

Beliau kemudian meletakkan kanak-kanak itu di bawah semburan air sejuk, tetapi video itu tidak menunjukkan aksi, hanya jeritan kanak-kanak itu kedengaran.

Penonton menghubungi polis Anchorage selepas episod Dr Phil disiarkan November lalu.

Beagley dan suaminya yang juga seorang polis Anchorage, cuba memberi dua anak yatim peluang kehidupan lebih baik, kata Ingaldson memberitahu juri. – Agensi

KLIK SINI untuk tonton video ini.....

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail