• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis cadang kecilkan payu dara

Bintang televisyen dan penyanyi Amerika Syarikat, Jessica Simpson bercadang membuat pembedahan mengecilkan payu daranya, lapor majalah hiburan Amerika Syarikat yang dipetik akhbar Korean Herald.

Menurut majalah itu, penyanyi berkenaan tidak mahu lagi payu dara bersaiz D dan dilaporkan mengadu kepada rakannya yang ia menampakkan beliau kelihatan lebih besar berbanding tubuh yang sebenar.

Selebriti berusia 31 tahun itu dilaporkan mahu kelihatan langsing semula menjelang perkahwinannya dengan pemain bola Amerika, Eric Johnson. Pasangan itu sudah menetapkan tarikh perkahwinan pada 11 November depan.

Bagaimanapun, laporan juga menyatakan, Simpson mungkin terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinannya untuk melakukan pembedahan sebelum perkahwinannya.

Simpson sebelum ini mengakui menghadapi masalah itu ketika muda kerana tidak suka dia menjadi tumpuan kerana saiz payu daranya.

“Buah dada saya agak ketara ketika berada di sekolah lagi. Tidak ada cara untuk menyembunyikannya sekalipun membalutnya.
“Saya orang pertama dalam kelas memakai coli. Saya masih ingat saya menangis di bilik mandi kerana perkara ini. Semua rakan saya kurus,” katanya.

Simpson yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Nick Lachey, bagaimanapun, tetap berazam untuk mengecilkannya.

“Saya akan menari di bilik tidur dengan harapan dapat mengurangkan berat badan selain mengangkat berat serta senaman lain.

“Saya perlu lakukan senaman sendiri. Saya tidak perlu ikut mana-mana teknik senaman. Saya juga tidak perlu diet. Saya perlu lakukannya untuk diri saya dan itu akan buat saya gembira,” katanya.

Selepas bercerai dengan Lachey, Simpson semakin mendapat publisiti dan dilaporkan intim dengan aktor Dane Cook dan penyanyi Maroon 5, Adam Levine.
Simpson juga pernah menjalin hubungan dengan pemuzik John Mayer pada Ogos 2006 sebelum berpisah setahun kemudian.

Aktres itu kemudian mula keluar dengan pemain bola sepak Dallas Cowboys, Tony Romo pada November 2007. Ada peminat menyalahkan Simpson atas persembahan buruk Romo hingga dia digelar ‘Yoko Romo’.

Ia merujuk kepada Yoko Ono yang dipersalahkan peminat Beatles kerana ‘memusnahkan’ kerjaya John Lennon. Hubungannya dengan Johnson bermula pada 2010.


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail