• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Azab nyanyi sambil mandi

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun masih mampu tersenyum walaupun kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas kira-kira 30 minit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Seligi, dekat sini, semalam.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Ahmad Aminuddin Mohammad mandi sambil menyanyi dalam bilik air sebaik pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Abal.

Bagaimanapun, ketika asyik menyanyi, kaki kirinya tergelincir lalu termasuk dalam lubang tandas menyebabkan anak bongsu daripada lapan beradik itu meraung meminta bantuan ibunya.

Ibunya, Rogayah Mat Isa, 45, berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu dan mulanya tidak mengendahkan jeritan anak bongsunya itu memandangkan Ahmad Aminuddin gemar menjerit dalam bilik air.

“Saya hairan apabila jeritannya seolah-olah menanggung kesakitan sebelum bergegas ke bilik air melihat keadaannya. Nasib baik dia tidak mengunci pintu sebelum terkejut melihat dia terduduk dengan kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail