• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Gambar bogel artis seksi tersebar di Internet

Pelakon seksi, Scarlett Johansson semalam membuat laporan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas gambar bogelnya tersebar di Internet.

Satu daripada gambar itu menunjukkan bintang Hollywood berkenaan terbaring dalam keadaan telanjang bulat di atas katil.

Satu lagi menunjukkan dia memakai tuala dengan pinggulnya yang terdedah kelihatan pada cermin.

iPhone aktres itu dipercayai digodam Mac lalu, bersama-sama dengan telefon bimbit puluhan bintang filem seksi lain.

Gambar Scarlett yang dirakamnya sendiri kini beredar di beberapa laman rangkaian sosial. Sindiket menggodam yang mensasarkan lebih 50 selebriti wanita dipercayai bertanggungjawab terhadap kecurian itu.

Sumber polis mendakwa bahan itu dikesan pada seorang lelaki, dipercayai pemimpin kumpulan sindiket itu.

Mangsa lain, termasuk bintang Hannah Montana, Miley Cyrus, 18, aktres, Jessica Alba dan penyanyi pop, Christina Aguilera, masing-masing berusia 30 tahun.

Pakar keselamatan Internet, Beth Jones berkata: “Anda akan terselamat jika tidak mengambil gambar anda dalam keadaan telanjang.” - Agensi

1 comment:

Anonymous said...

ada juga org kafir yg malu bila dihebahkan gambar bogel pada org awam tetapi sayang perempuan melayu sekarang dgn bangga rakam gambar lucah pastu dihebah kepada org awam...

tggu kutuk laknat ALLAH TAALA kepada yg pernah bt perkara terkutuk tu...

pejuang hamas...

Follow p a a p a a d a by e-mail