• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kisah pelanggaran kapal Titanic di belakang tubuh lelaki

Seorang suami berusia 51 tahun, Steve Hide mempunyai tatu yang menceritakan kisah pelanggaran kapal Titanic yang dicacah di belakang tubuhnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia membelanjakan £3,000 (RM14,441) bagi kos menghasilkan tatu itu yang memerlukan masa selama 40 jam untuk disiapkan dalam tempoh lima tahun.

“Apabila saya mula membuat tatu itu lima tahun lalu, saya berhasrat tatu tersebut dapat disiapkan semasa ulang tahun Titanic ke-100,” katanya kepada akhbar Southern Daily Echo.

Tatu itu mengisahkan kapal seberat 46,000 tan itu karam pada April 1912 semasa dalam pelayaran dari Southampton, Britain ke New York.

Isterinya, Vivienne, 51, berkata, semasa mereka pergi bercuti dan Hide tidak memakai baju, ramai orang yang mahu melihat tatu tersebut dan bergambar dengannya.

Tatu itu dihasilkan oleh Pix Marcin dari kedai Tattooz By Design di Shirley.

“Saya merupakan seorang artis tatu yang profesional selama lima hingga enam tahun dan saya tidak pernah melihat tatu seperti itu. Ia amat mengagumkan,” kata Marcin. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail