• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lelaki merokok lemah di bilik tidur

Lelaki yang cuba berhenti merokok kini mempunyai alasan kukuh untuk berhenti serta-merta, kerana tabiat itu didapati turut menjejaskan kesihatan seksual mereka.

Kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati lelaki yang berjaya berhenti merokok mempunyai kesihatan seksual lebih baik berbanding mereka yang kembali merokok selepas cuba berhenti.

“Lelaki muda mungkin beranggapan mereka tidak perlu risau mengenai masalah kesihatan seksual tetapi kajian ini menunjukkan merokok mampu menjejaskan kemampuan seksual mereka,” menurut ketua penyelidik, Christopher Harte.

Harte berkata, walaupun keputusan kajian ke atas 65 lelaki itu belum dianggap muktamad, penemuan awal itu tetap perlu dihebahkan supaya golongan lelaki boleh menggunakannya sebagai faktor penentu bagi memulakan proses untuk berhenti merokok.

Kajian sebelum ini menunjukkan perokok jangka panjang mempunyai dua kali ganda risiko mati pucuk berbanding lelaki tidak merokok kerana tabiat itu mampu menjejaskan pengembangan saluran darah.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail