• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Satu mimpi ngeri...Memandu kenderaan di Bandar Raya Mexico

Memandu di Bandar Raya Mexico diibaratkan sebagai satu mimpi ngeri, sementara di Montreal keadaannya disifatkan amat selesa.

Ia hasil tinjauan ditaja IBM yang disiarkan semalam selepas mewawancara 8,000 orang di 20 bandar yang biasa memandu.

Menyusuli Bandar Raya Mexico ialah Shenzhen, Beijing, Nairobi, Johannesburg, Bangalore, New Delhi, Moscow, Milan, Singapura, Buenos Aires, Los Angeles, Paris, Madrid, New York, Toronto, Stockholm, Chicago, London dan Montreal.

Responden ditanya mengenai tahap ‘kesulitan ketika memandu’ dan kesannya terhadap pemandu dari segi tekanan, hilang masa hingga sejauh mana ia menjejaskan kesihatan.

“Kesesakan lalu lintas menurun pada tahap global, sementara kesulitan ketika memandu semakin meningkat,” kata Pengarah Sistem Pengangkutan Pintar IBM, Vinodh Swaminathan.

Katanya, Kelemahan ekonomi dan harga tinggi bahan api dua alasan bagi penurunan kesesakan lalu lintas sejak tinjauan itu kali pertama dijalankan empat tahun lalu.

Pelaburan besar untuk infrastruktur jalan dan transit awam oleh kemunculan kuasa ekonomi China dan India turut membantu.

Namun, 41 peratus pemandu yang ditinjau enggan memandu dan sebaliknya mahu menaiki pengangkutan awam jika boleh.

Bandar Raya Mexico memiliki indeks kesulitan memandu paling tinggi iaitu 108, berbanding 21 di Montreal.

Pihak berkuasanya sudah bercadang membelanjakan lebih AS$2 bilion (RM5.99 bilion) dalam beberapa tahun akan datang untuk mengurangkan masalah kesesakan teruk, kata Swaminathan dalam satu temuramah.

“Anda tidak boleh selesaikan masalah ini kerana kesesakan sudah wujud. Ia perlu ada keseimbangan antara pembaikan infrastruktur dan teknologi,” katanya.

Stockholm di tempat keempat terbaik dalam senarai 20 bandar, memasang sistem harga kesesakan bagi mengurangkan permintaan, mengurangkan kesesakan kepada 25 peratus dan separuh masa perjalanan, katanya. – Reuters

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail