• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Universiti Cambridge terbaik di dunia

Universiti Cambridge di Britain dinamakan sebagai universiti terbaik dunia dalam laporan tahunan Kedudukan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS).

Cambridge mencatatkan markah penuh, 100 sekali gus membolehkannya memegang status itu buat dua tahun berturut-turut dengan menewaskan Universiti Harvard di Amerika Syarikat.

Harvard, yang pernah menjadi universiti terbaik dunia dari 2004 hingga 2009 dinamakan sebagai universiti terkaya di dunia dalam laporan terbaru yang diterbitkan, kelmarin.

Kedudukan universiti tersebut disusun berdasarkan pungutan mata dalam enam bidang termasuk akademik, majikan, pelajar dan fakulti.

Institusi pengajian tinggi di Asia seperti Universiti Teknologi Nanyang di Singapura, Universiti Mahidoi di Thailand dan Universiti Malaya di Malaysia turut menduduki tempat lebih baik dalam senarai baru itu.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail