• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

50 peratus remaja terdedah dengan gangguan di internet

Pungutan pendapat pengguna internet, baru-baru ini menunjukkan 50 peratus remaja menjadi bahan gangguan dan ugutan di internet.

Pungutan pendapat dilakukan MTV dan Associated Press itu, berkata, 56 peratus remaja berusia 14-24 tahun dianiaya secara digital.

Peratusan itu meningkat daripada 50 peratus pada 2009. Jenis gangguan paling biasa termasuk menghantar e-mel berbentuk lucah dan menghantar mesej tanpa identiti pada forum laman sosial.

Pungutan pendapat yang mengejutkan itu turut mendapati 33 peratus responden terbabit dengan unsur seksual contohnya, menghantar dan menerima gambar atau video bogel serta berbaur seksual. Kira-kira 10 peratus responden berkata, mereka bertukar mesej seksual dengan orang yang dikenali.

Keputusan kaji selidik itu berdasarkan kepada temu bual dijalankan ke atas 1,355 remaja dan dewasa pada Ogos lalu.

Perunding di Pusat Kaunseling Sosial di Riyadh, Ahmad al-Qadhi berkata, bilangan aduan mengenai gangguan atau ugutan seksual di internet semakin meningkat dengan bertambahnya bilangan laman sosial.

Remaja lebih mudah terdedah dengan gangguan seksual di internet apabila mereka memasuki laman sembang dan bertukar mesej ringkas.

Ahmad menasihati ibu bapa supaya meletakkan komputer di ruang tamu jika pengguna adalah kanak-kanak. “Remaja patut tahu melakukan ugutan dan gangguan adalah jenayah yang boleh dihukum,” katanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail