• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Imej galaksi sejauh 70 juta tahun cahaya

IMEJ pertama yang dirakamkan oleh sebuah teleskop berkuasa tinggi di gurun Atacama, Chile kelmarin menunjukkan satu pasangan galaksi yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi

Sebuah teleskop yang berkuasa tinggi merakamkan gambar galaksi buat kali pertama kelmarin dari gurun Atacama, Chile.

Ia merupakan projek astronomi terbesar di dunia melibatkan Kanada, Chile, Kesatuan Eropah, Jepun, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Imej pertama itu dirakamkan oleh 12 daripada 66 radio teleskop yang dipasang di gurun berkenaan.

Satu gambar yang dirakamkan teleskop itu menunjukkan satu pasangan galaksi yang berlingkar dalam buruj Corvus yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail