• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Jin Online...Kedai baiki komputer tauke jual jin

Semakan status aktiviti perniagaan penganjur laman web ilmu kebatinan yang turut mempunyai premis pusat rawatan itu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebagai perniagaan membaiki komputer dan video perkahwinan sedangkan perniagaan sebenar mereka berkaitan ilmu kebatinan.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan SSM, Datuk Muhammad Redzuan Abdullah, berkata mereka sudah melanggar aktiviti perniagaan seperti yang dimaklumkan kepada pihaknya dan berpendapat perkara itu satu penipuan.

“Sebelum perniagaan dijalankan, individu atau kumpulan berkenaan perlu mendaftar dengan SSM selepas itu baru mereka boleh mengemukakan permohonan lesen premis kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jika aktiviti perniagaan mereka tidak selari seperti apa yang diisytiharkan kepada SSM ketika mendaftar, tindakan undang-undang boleh diambi,l namun biar pemantauan secara menyeluruh dapat dilakukan untuk menentukan kesahihannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan penganjur satu laman web cuba mempromosikan ajaran khurafat dengan menawarkan pelbagai ilmu kebatinan yang boleh dipelajari melalui dalam talian tanpa melakukan latihan atau pertapaan selama bertahun-tahun dan penganjur berkenaan turut mempunyai premis perniagaan di beberapa negeri seluruh negara.

Selain itu, aktiviti perniagaan mereka turut dikatakan tidak selari aktiviti perniagaan yang didaftarkan kepada SSM melalui semakan suruhanjaya itu.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail