• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Mahu menteri tapi bukan ahli politik

Pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah, mahu jawatan Menteri Hal Ehwal Agama negara itu diberikan kepada bukan ahli politik.

Pengerusi Muhammadiyah, Din Syamsudin, berkata Indonesia memiliki terlalu ramai menteri yang mempunyai latar belakang politik dan hanya mengutamakan parti masing-masing.

“Menteri Hal Ehwal Agama ketika ini, Suryadharma Alie, adalah wakil rakyat yang juga Pengerusi Parti Persatuan Pembangunan,” katanya.

Justeru, kata Din, kementerian berkenaan cenderung melakukan diskriminasi ke atas kumpulan kecil.

Pandangan itu turut disokong Pengerusi Nahdatul Ulama, Said Aqil Siradj.

Kata Said Aqil, Susilo wajar mengetepikan sekutu partinya ketika melantik menteri baru. - TI

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail