• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Papan iklan cetus kontroversi

ORANG RAMAI lalu lalang di sebelah papan iklan gergasi di luar kedai Abercrombie and Fitch di Singapura

Sebuah papan iklan di sini menimbulkan kontroversi kerana memaparkan gambar seorang model lelaki melondehkan seluar yang dipakai sehingga hampir menampakkan kemaluannya.

Papan iklan gergasi itu terletak di luar kedai jenama fesyen dari Amerika Syarikat (AS), Abercrombie and Fitch di kawasan pusat beli-belah di Orchard Road di pusat bandar raya ini.

Sebuah badan pemantau pengiklanan tempatan telah meminta pihak bertanggungjawab supaya menurunkan papan iklan berkenaan.

Badan berkenaan bertindak demikian selepas media Singapura menyiarkan aduan orang ramai yang melabel papan iklan itu sebagai tidak senonoh. - AFP



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail