• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

‘Zakat pelik’ dapat syurga

Demi syurga diimpikan, puluhan pengikut taksub sebuah kumpulan ajaran sesat persis ajaran Ayah Pin sanggup membayar pelbagai jenis ‘zakat pelik’ kepada seorang lelaki yang menjanjikan balasan syurga selepas meninggal dunia.

Pengikut yang percaya sepenuhnya ajaran berbentuk tarekat dibawa lelaki berusia 69 tahun itu sanggup membayar zakat keluarga, zakat perjalanan, zakat kenderaan dan zakat kesihatan diperkenalkan guru ajaran sesat berkenaan.

Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, guru terbabit yang memperkenalkan ajaran menyimpang daripada Islam turut mempromosikan zakat rohani yang didakwa dapat menggantikan ibadat haji ke Makkah yang menjadi Rukun Islam keempat mengikut ajaran berkenaan.

Menurutnya, guru ajaran tarekat itu dianggap sesat dan menyesatkan apabila turut mendakwa boleh berkomunikasi terus dengan malaikat selain boleh meramal tarikh kematian manusia.

Perkara itu didedahkan bekas pengikut ajaran berkenaan yang mendakwa guru terbabit mempergunakan murid serta pengikutnya untuk memperoleh kemewahan secara mudah.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail