• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bayar RM3 juta tempah tempat melancong ke angkasa

Sepasang suami isteri Singapura dan dua anak mereka membayar RM3 juta untuk menempah tempat dalam penerangan pelancongan ke angkasa disediakan syarikat Virgin Galactic, umum syarikat itu, semalam.

Pengarah Komersial Virgin Galactic, Stephen Attenborough, berkata dia menghadiri makan tengah hari bersama seorang lelaki yang menghubungi syarikat itu kelmarin.

“Ketika menikmati hidangan itu, dia bukan saja menandatangani kontrak untuk mendapatkan tempat bagi dirinya, malah dia menempah keseluruhan penerbangan kami,” katanya.

Bercakap di persidangan media dan pemasaran, Attenborough berkata, ahli perniagaan itu menyerahkan cek AS$1 juta kepadanya dan meminta butiran mengenainya dirahsiakan.

“Nampaknya ahli perniagaan itu belum memberitahu isterinya,” katanya.

Dengan kontrak itu, kata Attenborough ahli perniagaan terbabit bakal menjadi keluarga dari Asia pertama menjadi angkasawan secara serentak.

Virgin Galactic membuka tempahan ke angkasa lepas sejak 2005.

Setiap penumpang dikenakan RM627,000 bagi penerbangan yang boleh memuatkan empat penumpang dan dua juruterbang. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail