• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lelaki Malaysia pilihan artis Indonesia?

JAKARTA: Semenjak tidak lagi menjadi pasangan duet Anang Hermansyah, kehidupan peribadi Syahrini sering menjadi perhatian media.

Dia pernah digosipkan dengan seorang pendakwah, tetapi Syahrini menafikannya.

Kali ini dia digosipkan pula mempunyai hubungan dengan seorang lelaki dari Malaysia.

Penyanyi lagu popular, ‘Aku Tak Biasa’ itu tidak menafikannya telah bertemu kekasih baru. Namun, dia masih belum mahu berkongsi cerita dengan media.

“Siapa yang beri tahu?” tanyanya ketika ditemui di Balai Sarbini, Jakarta Selatan, semalam.

Bagaimana pun, Syahrini minta didoakan agar hubungannya dengan kekasih barunya itu berterusan hingga ke jinjang pelamin.

Khabarnya, baru-baru ini Syahrini telah mencuba baju perkahwinannya.

“Semoga kekal hingga ke hari pernikahan,” katanya. - Inilah.com

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail