• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lukisan bernilai RM194.4 juta

GAMBAR oleh firma lelongan Sotheby di New York menunjukkan lukisan abstrak 1949-A-No. 1.

Firma lelongan Sotheby di sini menjual sebuah lukisan abstrak karya Clyfford Still pada harga AS$61.7 juta (RM194.4) dalam satu lelongan kelmarin, sekali gus mencatat rekod baharu untuk pelukis AS berkenaan.

Lukisan yang berjudul 1949-A-No. 1, menampilkan gabungan corak abstrak berwarna putih, hitam dan merah pada kanvas. Harga anggaran lukisan tersebut ialah antara AS$25 juta (RM78.8 juta) hingga AS$35 juta (RM110.37 juta).

Rekod termahal untuk lukisan Still sebelum ini ialah AS$21.3 juta (RM67.1 juta).

Still yang dianggap pakar dalam lukisan ekspresionisme, meninggal dunia pada tahun 1980. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail