• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Penjara tak halang aktres untuk berbogel

Aktres yang selalu bermasalah, Lindsay Lohan, dihukum penjara 30 hari, semalam, tetapi kemungkinan besar dia hanya akan berada di dalam jel selama satu atau dua hari, kata pihak berkuasa.

Masalah kesesakan kronik di penjara menjadi alasan mengapa Lindsay dibebaskan jauh lebih awal daripada sepatutnya.

Pelepasan awal itu juga membolehkan Lindsay, 25, memenuhi kontraknya berbogel untuk majalah Playboy sebelum hadir untuk menjalani tempoh tahanan singkat minggu depan.

Hakim Stephanie Sautner menjatuhi hukuman penjara 30 hari selepas aktres terbabit mengaku salah melanggar larangan atas kesalahan sebelum ini.

Stephanie mengarahkan Lindsay melapor diri di penjara selewat-lewatnya 9 November ini atau berdepan dengan hukuman tambahan selama 270 hari lagi.

Lindsay bersetuju melakukan khidmat komuniti lebih lama di rumah mayat dan menjalani rawatan psikoterapi lanjut.

Kedua-dua perintah itu pernah dikenakan ke atasnya, tetapi dia gagal melaksanakan kedua-duanya. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail