• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis dicekup pesta dadah


Penyanyi dangdut, Citra Yunita Sari ditahan polis ketika sedang berpesta dadah, kata pegawai polis dari Balai Polis Metro Sawah Besar, Jakarta, semalam.

Citra ditahan bersama teman lelakinya, Foe Soekamto di dalam sebuah bilik di Big Apple Residence di Mangga Besar, Taman Sari, Jakarta Barat.
Anggota polis juga menemui sebutir pil ekstasi dalam tangan Foe Soekamto.

Selain itu, anggota polis turut menemui sebuah kotak plastik berisi alat pembakar, tiga buah bekas plastik mengandungi syabu dan sebuah bong. Mereka turut menemui sebuah botol arak kosong.

“Mereka didapati berpesta dadah di dalam bilik tidur,” kata Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Kolonel Angesta Romano Yoyol.

“Setelah disiasat, mereka kini ditahan dalam lokap di Balai Polis Metro Sawah Besar. Kami telah melakukan ujian air kencing terhadap mereka berdua.

“Hasil ujian itu, Foe didapati negatif tetapi Citra positif dadah,” kata Angesta.

Mereka akan didakwa di bawah Akta Dadah dan boleh dihukum hingga empat tahun penjara.

Polis bertindak hasil maklumat orang ramai yang mendengar bunyi bising dari bilik itu. - Detikhot

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail