• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Dirogol 7 lelaki hingga tak mampu berjalan

Polis menemui seorang pembantu rumah warga Indonesia yang ditinggalkan dalam keadaan lesu di pos kawalan al-Jabal di laluan pesisir pantai Makkah - Laith, semalam.

Menurut jurucakap polis, wanita terbabit dipercayai menjadi mangsa dera dan rogol.

“Wanita berusia 20-an mendakwa dirogol tujuh lelaki mabuk,” katanya.

Jurucakap itu berkata, mangsa bekerja di Makkah dan keluar rumah dengan seorang lelaki sebelum dipercayai melakukan hubungan seks di sebuah apartmen rakannya di Jeddah.

Di situ, katanya, pasangan wanita itu menghubungi lima lelaki lain dan berjanji bertemu di satu lokasi di Jalan Makkah - Laith sambil minum arak.

Jurucakap itu berkata, arak berkenaan dibeli di Jeddah.

“Di situ, wanita terbabit dirogol beramai-ramai,” katanya.

Ketika ditemui, wanita terbabit dilaporkan keletihan dan tidak mampu berjalan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Jarwal di Makkah. Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - Jakarta Post

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail