• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lelaki maut terlebih ambil ubat kuat

Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati di sebuah bilik hotel di Jakarta pagi Ahad dan polis percaya beliau mati akibat terlebih mengambil ubat kuat (peransang seks).

Difahamkan mayat lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai pada kira-kira pukul 5 pagi. Beliau berasal dari Selangor.

Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Jenazahnya dihantar ke rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk bedah siasat.

Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail