• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pemimpin Korea Utara dipuji genius

GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen KRT semalam menunjukkan Kim Jong-un menaiki sebuah kereta kebal di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

SEOUL - Korea Utara semalam memuji pemimpin muda baharunya, Kim Jong-un kelmarin dengan gelaran "genius antara genius" di dalam sebuah filem ketenteraan yang disiarkan pada hari lahirnya dan merupakan pujian pertama sejak beliau mengambil alih pemerintahan selepas kematian bapanya.

Dokumentari itu mengisahkan kemuliaan Jong-un dan antara imej yang disiarkan ialah dia berada dalam sebuah kereta kebal dan memberi arahan kepada pasukan tentera bermeriam, tentera laut dan pasukan unit udara manakala anggota-anggota tentera mengalu-alukan pemimpin tentera tersebut.

Filem itu juga memuji Jong-un dan antara skripnya adalah: "Yang dihormati, Kim Jong-un yang sangat mahir dalam strategi ketenteraan serta memimpin pasukan tentera dengan sangat baik."

Askar-askar kemudian melompat kegembiraan melihat Jong-un.

Parti Komunis Korea Utara telah mengiktiraf Jong-un, yang dipercayai berusia lewat 20-an sebagai pengganti yang hebat kepada bapa beliau, Kim Jong-il, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Disember lalu. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail