• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Tikam...Penangan Air Setan

Akibat mabuk selepas meneguk minuman keras, seorang tukang kebun parah ditikam rakan sendiri dipercayai selepas berselisih faham sehingga berlaku pergaduhan dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Nalapak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Daimain Ailing, 33, cedera di pinggang dan menerima rawatan di Hospital Ranau sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Sabah (SMC) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek serta beberapa rakan sekerja lain berhibur sambil minum minuman keras.

“Suspek dan mangsa yang mabuk tiba-tiba berselisih faham menyebabkan suspek berang sehingga berlaku pertengkaran.

“Rakan lain yang cuba campur tangan beranggapan pertelingkahan kedua-dua rakan mereka itu boleh diselesaikan apabila suspek tiba-tiba menghilangkan diri,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selang beberapa minit kemudian, suspek muncul dengan membawa pisau dipercayai diambil dari dapur lalu menikam mangsa.

“Tusukan itu menyebabkan mangsa rebah dan berlumuran darah. Beberapa rakan mangsa yang melihat kejadian itu bergegas membawa mangsa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut manakala suspek menghilangkan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa ditikam di pinggang dengan senjata tajam dipercayai pisau yang diperoleh dalam rumah berkenaan.

“Mangsa dirawat di SMC dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Polis mengesan dan menahan suspek pada hari kejadian selain menemui pisau digunakan untuk menikam mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang berusia 34 tahun itu kini direman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail