• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Anak angkat Timbalan Gabenor pesan pil ekstasi guna aplikasi “WhatsApp”


Polis mendedahkan Raka Widyarma, anak angkat Timbalan Gabenor Banten, Rano Karno yang ditahan kerana memiliki dadah minggu lalu, memesan lima butir pil ekstasi daripada pengedar dadah di Malaysia melalui aplikasi bual sosial popular telefon pintar, “WhatsApp Messenger.”

Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, “Dia tidak membeli dadah itu melalui internet, ketika disoal siasat dia mengaku berkomunikasi dengan pengedar dadah melalui “WhatsApp”.”

Katanya. lelaki Malaysia yang menjual dadah kepada Raka, dikenali sebagai Mr Tan dan menurut Raka, mereka bertemu dan berkomunikasi sejak tiga bulan lalu ketika dia pergi bercuti di Kuala Lumpur.

Selepas Raka, 20, pulang ke Indonesia, dia menghubungi Mr Tan melalu “WhatsApp” untuk memesan pil ekstasi, yang telah dirampas oleh polis.

Pil yang dipesan oleh Raka, diseludup dalam bungkusan Federal Express (FedEx).

Katanya, polis akan memeriksa butiran perbualan antara Raka dan Mr Tan untuk menyiasat bagaimana lelaki itu menjalankan perniagaan dadahnya.

Namun begitu, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya menahan Mr Tan, tetapi akan meminta kerjasama daripada polis Malaysia untuk menyiasat penglibatan Tan dalam kes ini.

“Itu adalah di bawah bidang kuasa mereka,” katanya. - Jakarta Post

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail