• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ariel Peterpan Menyesal

ARIEL (empat dari kiri) ketika ditemubual oleh sekumpulan wartawan di Bandung, Indonesia semalam.

Bermula dengan hidup sebagai anak seni yang dijulang kemasyhuran sebelum beralih kepada kehidupan sebagai banduan nyata bukan sesuatu yang dibanggakan oleh Ariel Peterpan.

Kalau dahulu dia sibuk menghiburkan peminat dan dikawal pengawal peribadi, kini gaya hidup vokalis utama kumpulan Peterpan itu sejak hampir dua tahun lalu jauh berubah.

Kini dia sentiasa dikawal pihak berkuasa selepas didapati bersalah oleh mahkamah gara-gara pengedaran rakaman video dan gambar lucahnya dengan dua artis wanita popular, Luna Maya dan Cut Tari pada tahun 2010.

Akibatnya, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 31, terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Rumah Tahanan Negara Bandung.

Dalam satu temu bual dengan wartawan semalam, Ariel mengaku dia terlalu mengikut nafsu dan pemikirannya yang dangkal.

“Hanya orang yang melakukan kesilapan seperti saya sahaja yang tahu apa itu maksud menyesal,” kata Ariel.

Selama dalam tahanan, penyanyi itu menganggap pengalaman yang dilaluinya memberikan rahmat yang bukan sedikit.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail