• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis popular positif kanabis

Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa ujian pengesahan dadah dari Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang mengesahkan spesimen air kencing pelakon komedi, Saiful Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita positif dadah jenis kanabis.

Juruteknologi Makmal Perubatan, Israfel Ismon, 54, berkata, ujian itu dilakukannya melalui kaedah Thin Layer Chromatography (TLC) selepas ujian saringan yang turut dilakukan oleh jabatan itu pada 25 Jun 2010 menunjukkan spesimen air kencing mereka positif kanabis.

Israfel merupakan saksi kelima dalam perbicaraan terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusof, 43, dan tiga yang lain atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Tiga tertuduh itu ialah Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Menurut Israfel, sebaik sahaja selesai ujian saringan itu, kesemua spesimen dimasukkan semula ke dalam peti ais sebelum dihantar ke Pegawai Sains Kimia Hayat, Rozita Abdullah, 41, yang merupakan saksi keenam untuk disahkan.

Disoal peguam Mohd. Fadly Hashim yang mewakili semua tertuduh, sekiranya bekas spesimen yang terdedah itu boleh tercemar, atau bercampur spesimen lain, Israfel menolak andaian tersebut. Setiap bekas mempunyai nombor siri dan peti ais itu dikunci setiap masa.

Terdahulu, saksi keempat yang juga merupakan rakan sejawat Israfel, S. Humadevi, 28, mengesahkan ada menerima borang permintaan ujian pengesanan dadah daripada pegawai polis terhadap empat suspek.

Bagaimanapun, jelas Humadevi, borang itu tidak dapat diproses kerana tidak mempunyai cop daripada pegawai polis yang menyiasat kes itu dan diminta oleh pegawainya iaitu Rozita untuk menelefon pihak polis bagi mengemukakan borang permintaan ujian pengesanan dadah baru.

Perbicaraan bersambung pada 10 dan 11 Mei depan.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail