• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis takkan pakai tudung walaupun berkahwin dengan ustaz

Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe, enggan mengenakan jilbab sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan seorang ustaz.

Khabar mengenai usaha ibunya, Sri Wulansih untuk mengahwinkan artis yang penuh sensasi itu dengan seorang ustaz tersebar sejak beberapa minggu lalu tetapi hingga kini, identiti ustaz itu tidak pernah diketahui.

Khabar angin itu mencetuskan tanggapan kononnya Jupe yang sering muncul seksi di khalayak ramai akan mengubah penampilannya, menjadi lebih sopan.

Malah, bekas kekasih Gaston Castano itu mengakui dia diminta ramai pihak untuk berpakaian sopan dan berjilbab.

Tetapi Jupe menolak permintaan itu dan menegaskan dia tidak akan berjilbab hanya kerana menjadi isteri ustaz.

“Saya akan berjilbab hanya kerana Tuhan,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, dia enggan mengubah penampilannya. Katanya, Jika ustaz itu mencintainya, dia perlu menerimanya seadanya, termasuk cara penampilannya yang mendedahkan aurat. - Agensi

2 comments:

Anonymous said...

Cakap di dunia bolehlah, esok di akhirat meraung-raung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk berlaku taat kepadaNya.

Anonymous said...

“Saya akan berjilbab hanya kerana Tuhan,” katanya.

jadi sekarang yg terdedah sana sini tu kerana siapa?
Lu orang pikiaq ler sendiri....
bila hukum Allah boleh dipilih pilih.......ini ler jadinya?
mat langau memang suka benda benda busuk dan berulat nih !

Follow p a a p a a d a by e-mail