• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ayat-ayat Pereda Kebencian

 Ayat pereda Kebencian bermanfaat jika diamalkan untuk sihir perkahwinan, dibenci/dipulaukan oleh rakan sekerja, tempat kerja, rujuk kembali suami isteri yang bercerai dan sebagainya yang berkaitan dengan kebencian, pengasihan termasuk anak yang derhaka.

 1. Surah al-Anfal(سورة الأنفال) ayat 30:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

 Ertinya: dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya.

 2. Surah al-Isra’(سورة الإسراء) ayat 76:

وَإِنْ كَادُوا لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ الأرْضِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَا وَإِذًا لا يَلْبَثُونَ خِلافَكَ إِلا قَلِيلا

 Ertinya: dan Sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi (Makkah) Dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja.

3. Surah al-Isra’(سورة الإسراء) ayat 103:

فَأَرَادَ أَنْ يَسْتَفِزَّهُمْ مِنَ الأرْضِ فَأَغْرَقْنَاهُ وَمَنْ مَعَهُ جَمِيعًا

 Ertinya: maka Firaun pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir) lalu Kami tenggelamkan Dia bersama-sama pengikut-pengikutnya seluruhnya.

 4. Surah Ibrahim (سورة إبراهيم) ayat 13-14:

 وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِرُسُلِهِمْ لَنُخْرِجَنَّكُمْ مِنْ أَرْضِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ (١٣) وَلَنُسْكِنَنَّكُمُ الأرْضَ مِنْ بَعْدِهِمْ ذَلِكَ لِمَنْ خَافَ مَقَامِي وَخَافَ وَعِيدِ (١٤)
 Ertinya: dan berkatalah pula orang-orang Yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, Kami akan mengeluarkan kamu dari negeri Kami atau kamu menjadi seugama Dengan kami”. lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang Yang zalim. ۝ “Dan Demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum Yang zalim itu; balasan baik Yang demikian, adalah bagi orang-orang Yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu”.۝

 5. Surah al-Isra’ (سورة الإسراء) ayat 80-81:

 وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا (٨٠) وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١)
 Ertinya: dan pohonkanlah (Wahai Muhammad, Dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke Dalam urusan ugamaku Dengan kemasukan Yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya Dengan cara keluar Yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan Yang menolongku”, ۝ dan Katakanlah: “telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap”.۝
SUMBER DARI...AL-QURAN UBAT TERBAIK

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail